Monday 17 February 2014

Video Teaser Dari Kami

Promosi yang di tunggu tunggu akhirnya tiba. Penantian untuk menyaksikan produk pelangsingan terhebat kini muncul di kaca TV. Nantikan kemunculannya pada 3 Mac 2014.


Sunday 9 February 2014

Petua Kuruskan Badan

Petua Kurangkan Berat Badan Secara Semulajadi

1. Limau Nipis
Ambil 1 biji limau nipis dan belah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh suam yang pekat (tanpa gula). Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nenas
Sediakan nenas yang tidak terlalu masak, kupas dan bersihkan. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Minum dua kali sehari.

3. Daun Delima
Ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak Merah
Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah. Dibersihkan, diparut dan perahkan jusnya. Minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Halia
Caranya, rebus 5 inci halia yang sudah dibuang kulitnya dengan 3 gelas air, sehingga menjadi kurang dari segelas dan minum ketika masih suam. Amalkan setiap hari selepas makan.


Halia
Halia
6. Asam Jawa
Ambil setengah cawan asam jawa dan campurkan 1 gelas air suam. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai bijinya. Tapis dan minum setiap hari selepas makan.

7. Pati Oren
Minum pati oren berkualiti tinggi yang terdapat di pasaran seperti Sunquick (jangan tambah gula) dan minum 1 gelas di sebelah pagi dan 1 gelas di sebelah malam, setiap hari. Atau amalkan makan 2 biji buah oren segar (berkualiti tinggi) setiap kali selepas bersarapan dan selepas makan malam.

Nota: Anda boleh pilih salah satu dari cara-cara di atas dan amalkan secara konsisten. Selamat mencuba!

Monday 3 February 2014

Mavellous Xlite




Bagi sesetengah orang mengekalkan berat badan adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan. Ramai yang berpendapat untuk mengekalkan berat badan, kita perlu menjaga pengambilan kalori iaitu nilai kalori yang diambil setiap hari mestilah kurang dari jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh kita.

Ramai yang sudah tidak percaya teori ini kerana banyak orang yang mengambil kalori secara berlebihan masih berjaya mengekalkan berat badan yang ideal atau kekal kurus.Kunci utama untuk mengekalkan berat badan adalah Metabolisma.

Kalau kita boleh mempercepatkan proses metabolisma tubuh kita, kita akan lebih mudah untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan kita. Kita selalu lihat ada orang yang tidak berdiet atau tidak menjaga makan masih mampu mengekalkan tubuh badan mereka dan kita juga selalu lihat orang yang gila2 berdiet dan sanggup berlapar tetapi tubuh mereka tetap atau semakin gemuk. Kenapa ini berlaku ?

Kenapa ada orang yang kuat makan tetapi masih kurus?

Kerana mereka mempunyai kadar metabolisma yang laju dan apa saja yang mereka makan akan dibakar dengan cepat dan efisen. Manakala

kenapa ada pula orang yang gila-gila berdiet dan kawal makan tetapi badan mereka masih gemuk?

Sebab mereka mempunyai kadar metabolisma yang perlahan dan kadar pembakaran yang tidak efisen.

Kenapa ini berlaku? Apakah yang menyebabkan kadar metabolisma kita menjadi perlahan?

1.Salah satu faktor yang menyebabkan metabolisma kita jadi perlahan adalah kerana kita berlapar atau menahan diri dari makan. Kerana apabila kita dalam keadaan berlapar, tubuh akan cuba mencatu penggunaaan kalori dengan memperlahankan kadar metabolisma. Tujuannya adalah kerana tubuh kita cuba menyelamatkan kita dari keadaan kebuluran !!!

2.Begitu juga jikalau kita dalam keadaan tertekan atau stress - tubuh kita akan merembeskan sejenis hormon yang mana kita akan menyimpan tenaga dalam bentuk lemak dan membakar otot-otot kita.

3.Bila pula kita terdedah pada bahan2 kimia, racun2 serangga dan polutions, tubuh akan menghasilkan sel-sel lemak yang baru untuk menyimpan toksin2 tersebut supaya kita tidak keracunan dan sakit.

4.Begitu juga apabila kita memakan ‘junk’ food, janjang atau makanan segera yang tidak mempunyai nilai nutrisi tetapi mengandungi pewarna tiruan, perisa dan pemanis, tubuh kita secara automatik akan memperlahankan kadar metabolisma untuk mengurangkan kerosakan pada sistem tubuh kita.

Dunia yang kita tinggal sekarang yang menyebakan metabolisma kita menurun. Dunia yang kita tinggal sekarang yang menyebabkan kita susah untuk mengekalkan berat badan ideal kita. Dengan memahami cara tubuh kita bekerja kita dapat manipulasikan proses metabolisma tubuh kita.

Ini adalah kerana cara kita makan, bergerak dan cara hidup kita akan menentukan sebanyak mana jumlah makanan yang akan disimpan sebagai lemak, sebanyak mana yang akan digunakan sebagai tenaga dan yang akan digunakan untuk membuat struktur tubuh kita. Salah satu sebab yang membuatkan diet berlapar boleh melambatkan kadar metabolisma tubuh kita kerana diet berlapar membuatkan tubuh kita menyangka yang kita didalam keadaan kebuluran.


Proses ini akan menyebabkan kelenjar adrenal akan tertekan dan ini akan membuatkan rembesan hormon T3 yang penting untuk pembakaran lemak dari kelenjar thyroid akan menurun, manakala rembesan hormon RT3 yang penting untuk penyimpanan lemak akan meningkat.

Hormon RT3 ini biasanya banyak berada di kawasan perut, paha dan punggung. turut menurun dan kita akan mula menyimpan lemak dari apa yang kita makan walaupun dari makanan yang berkhasiat. Kita akan menjadi lebih susah untuk menurunkan berat badan dan mungkin akan menjadi lebih gemuk.

Dengan itu, cuma ada satu jalan untuk memperbetulkan masalah ini, iaitu dengan mempercepatkan kadar metabolisma kita. Inilah rahsia cara mengurangkan berat badan artis2 hollywood.

Fast Diet Metabolism


telah di popularkan oleh pakar pemakanan yang bernama Haylie Pomroy. Antara artis-artis hollywood yang pernah menjadi pelanggan beliau adalah :

Jennifer Lopez

Reese Witherspoon

Robert Downey Jr.


Salah satu cara untuk anda kembalikan semula kuasa metabolisma anda adalah dengan mengamalkan Mavellous Xlite. Mavellous Xlite merupakan suplimen sempurna dan lengkap yang dicipta khusus untuk mengembalikan dan membangkitkan semula proses metabolisma anda.

Khasiat Wheatgrass

Khasiat Wheatgrass



wheatgrass
Terma wheatgrass digunakan untuk menerangkan tanaman Agropyon muda genus rumput daripada keluarga Poaceae. Tanaman ini berkait rapat dengan gandum tetapi kelihatan seperti rumput biasa pada peringkat awalnya. Tanaman dari jenis ini adalah tumbuhan semula jadi di Asia dan Eropah. Tidak hairanlah ada yang mengelarnya sebagai rumput gandum.

Wheatgrass mudah untuk ditanam. Malah ada yang menanamnya di dalam pasu atau bekas khas di rumah. Wheatgrass perlu mendapat cahaya matahari dan kerap disiram air. Rumput ini boleh tuai setelah ia mencapai ketinggian 8 inci.

Wheatgrass lebih dikenali dengan khasiat kesihatannya, dan selalunya ia dihancurkan untuk dijadikan jus untuk diminum. Jika anda tidak ada masa untuk membuatnya sendiri, anda boleh mendapatkan jus wheatgrass yang dijual di kedai menjual minuman jus dan makanan kesihatan. Walaupun begitu, jus yang dihasilkan daripada wheatgrass bukanlah bukanlah penyembuh ajaib. Ia hanyalah makanan tambahan yang mampu memberi kebaikan kepada pengambilnya.

Jus wheatgrass mengandungi lebih daripada 100 jenis elemen berbeza tetapi dikategorikan makanan yang lengkap. Kira-kira 15 paun wheatgrass hampir sama dengan protein dan nilai zat keseluruhan yang terdapat dalam 350 paun sayuran biasa. Kandungan utama wheatgrass adalah klorofil iaitu sebanyak 70 peratus.

Klorofil boleh didefinasikan sebagai tenaga solar pekat. Daun tumbuhan menukar tenaga cahaya kepada tenaga yang disimpan dalam serat tumbuhan. Kombinasi unik nilai zat, kimia dan tenaga dalam wheatgrass mampu memenuhi kekurangan zat seseorang. Selain daripada itu, jus wheatgrass dikatakan mampu membantu membuang toksin yang tersimpan dalam tubuh. Sejumlah selenium pekat yang terdapat dalam wheatgrass juga disebut amat baik untuk membantu membersihkan toksin logam berat seperti plumbum, merkuri, cadmium dan arsenic.

Pembuang toksin

Disebabkan jus wheatgrass adalah makanan berzat padat, maka anda tidak perlu minum dengan banyak. Anda boleh meminum kira-kira 30 mililiter (ml) jus setiap hari terutamanya sewaktu perut anda kosong. Jus ini kemudiannya akan secara perlahan-lahan bertukar menjadi lebih berair.

Namun begitu anda perlu mengambil jus wheatgrass dengan sejumlah air yang sama kerana jika mengambil jusnya sahaja ia boleh member tekanan kepada buah pinggang. Selepas itu tunggu lebih kurang 30 minit sebelum mengambil makanan atau meminum sebarang cecair.

Khasiat wheatgrass memang banyak. Ia dipercayai sebagai agen penentang kanser. Malah ramai yang mempercayai khasiat wheatgrass terhadap kanser dan pengambilannya mampu membantu rawatan malah pencegah kanser.
wheatgrass

Pelumba basikal terkenal Lance Amstrong dikatakan amat mempercayai khasiat wheatgrass dan mengambilnya untuk tujuan kesihatan. Lihatlah bagaimana kecergasannya berlumba walaupun dia sebenarnya bekas pesakit kanser.
Khasiat lain wheatgrass adalah ia amat efektif dalam merangsang system imun tubuh untuk menentang dan sembuh daripada penyakit dan masalah kesihatan. Wheatgrass adalah sumber terbaik beta karotena, mengandungi sejumlah besar vitamin B, C, E, H, K.

Ia juga mengandungi kira-kira 90 mineral yang berbeza dan 19 asid amino. Wheatgrass juga mengandungi beberapa enzim aktif yang memainkan peranan utama dalam memecahkan lemak, mengambil fungsi biologi dan membantu dalam pengurangan berat badan. Daripada 90 mineral ini, kebanyakannya adalah beralkali dan ini termasuklah kalsium, magnesium, kalium, sodium dan besi.

Walaupun khasiat wheatgrass tidak dapat diragui, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat pengamal perubatan agar anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan di kemudian hari kelak.

Wednesday 29 January 2014

Langsingkan Badan Dengan L-Carnitine

TAHUKAH anda mengenai sejenis nutrien yang boleh menurunkan berat badan, menambahkan tenaga, merendahkan kolesterol dan melindungi kesihatan jantung pada masa yang sama? 



Jawapannya ialah L-Carnitine, dan ia ternyata sungguh bermanfaat untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh. L-Carnitine bertindak dengan merangsang pembakaran lemak oleh tubuh.

L-Carnitine juga adalah satu-satunya nutrien yang berperanan untuk mengangkut lemak ke tempat di mana ia dibakar: mitokondria.

Jika lemak tidak memasuki mitokondria, maka ia tidak dapat dibakar oleh tubuh.

Jika anda tidak suka makan daging, atau anda seorang pemakan sayur atau sering mengambil diet tinggi lemak seperti makanan bergoreng, atau pengambilan protein anda rendah, ingatlah - tahap L-Carnitine anda juga mungkin berkurangan. Tahap L-Carnitine yang rendah boleh menyumbang kepada pelbagai masalah yang tidak diingini seperti penambahan berat badan, sukar untuk menurunkan berat badan, mudah letih serta penyakit-penyakit metabolik lain.

Tanpa L-Carnitine, pembakaran lemak tidak akan berlaku. Bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan mudah melalui pengambilan suplemen L-Carnitine. Ia akan meninggikan tahap L-Carnitine dalam tubuh agar pembakaran lemak dapat berlaku pada kadar yang optimum.
Suplemen L-Carnitine merangsang pembakaran lemak

Meningkatkan pengambilan L-Carnitine adalah cara paling semula jadi untuk menurunkan berat badan, kerana L-Carnitine bertindak memindahkan dan mengangkut lemak ke bahagian sel yang membakarnya tanpa sebarang kesan sampingan.

Bukti saintifik menunjukkan bahawa tahap L-Carnitine yang tinggi akan menyumbang kepada pembakaran lemak yang lebih lancar. Ia juga membantu meningkatkan kadar metabolik dan pada masa yang sama, tidak menjejaskan kepadatan tisu otot.

Ini sangat penting kerana tisu otot adalah tempat di mana hampir semua pembakaran lemak berlaku. L-Carnitine juga bermanfaat untuk menyekat keinginan terhadap makanan serta meningkatkan stamina bagi membantu anda bersenam.

Kedua-dua faktor ini sememangnya penting bagi mereka yang perlu menurunkan berat badan.

Cara Mendapatkan Bentuk Badan Ideal dan Langsing

Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan, korang dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.

JANGAN BERLAPAR 


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 


Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 


Air mengurangkan selera makan korang secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 


Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 


Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini bermakna korang kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI 


Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 


Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 


Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

- Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

- Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi korang atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera korang.

- Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.

- Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

- Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

- Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali korang makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korang makan, dan perasaan korang ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korang peka kepada keinginan makan korang. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di
mana korang boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korang kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet korang. Mulakan diari makanan korang dan rajin-rajinlah membuat catatan.

- Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

- Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, korang boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

- Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh korang ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang habiskan!

- Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi korang menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korang baru saja terisi.

- Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus korang kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

- Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

- Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Tuesday 28 January 2014

Keburukan Makanan Segera

Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa

Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus

diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandung lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah antara makanan segera kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah yang jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.

Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang berlarutan.

Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.


Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Berdiet Tapi Masih Gemuk

SERINGKALI mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian



Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran:

Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun.


  • Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan.
  • Tiada masa untuk bersenam.
  • Suami tidak kisah gemuk.


  • Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.

    Mengapa kitaran lapar dan kenyang berlaku?

    Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.

    Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

    Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.

    Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.
    Kurus demi kesihatan

    Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan.

    Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul.

    Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.
    Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.

    Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat. Saya akan mengupas persoalan ini sehingga ke hujungnya dan berharap anda mengikuti ruangan saya setiap minggu. Ini kerana setiap artikel akan mengetengahkan konsep penting yang bakal anda guna pakai untuk menguruskan badan.

    Apakah BMR?


    BMR adalah Basal Metabolic Rate. Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung usus dan lain lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak.

    Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori. Contoh-contohnya akan diterangkan pada minggu seterusnya.

    Sila jawab soalan berikut. Jika jawapan anda YA maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.


  • Apabila diet berat tidak turun
  • Berat naik mendadak apabila makan lebih
  • Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam
  • Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis
  • Mudah lapar
  • Makan sedikit tetapi cepat gemuk
  • Tekak inginkan makanan yang manis
  • Lapar pada waktu malam

  • Punca BMR rendah



  • Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan. Senaman meningkat metabolisma akan diterangkan dalam isu akan datang.
  • Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.
  • Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan.
  • Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.
  • Monday 27 January 2014

    Sarapan Pagi dan Kesihatan

    Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan


    Ingin ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

    Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

    "Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.

    Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

    Berat badan dan mood


    Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

    "Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak," kata beliau.

    Makan untuk turunkan berat badan mungkin satu konsep yang paradoks kepada sesetengah orang. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan.

    Siew Wei berkata, peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.

    Adakah anda seorang penggemar karbohidrat yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan? Sarapan pagi adalah masa terbaik untuk mengambil karbohidrat memandangkan anda mempunyai masa sepanjang hari untuk membakar dan menggunakannya sebagai tenaga untuk badan dan otak untuk bekerja. tetapi, pastikan untuk memilih bijian penuh yang tinggi serat.

    Pengambilan karbohidrat waktu pagi adalah 'lesen' untuk anda tanpa menjejaskan usaha menguruskan badan.

    Siew Wei berkata, mereka yang meninggalkan sarapan pagi juga dilihat cenderung memilih makanan yang mengandungi tinggi kalori pada waktu makan berikutnya. Untuk jangka panjang, ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik.

    "Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

    "Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan," kata beliau.

    Rutin pagi


    Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.

    Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.

    Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

    Alasannya? Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.

    "Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi adalah sama dengan 'saya tidak mempunyai masa untuk bersenam' sebagai alasan," kata Siew Wei.

    "Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi 'tiada selera' menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin pagi," katanya.

    Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh satu jam selepas bangun daripada tidur.

    "Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi," kata Siew Wei.

    Sesetengah kita mungkin memilih untuk menunggu waktu makan tengah hari dan mengambil kedua-duanya sekali. Siew Wei menasihatkan agar ini tidak dilakukan.

    "Sarapan pagi adalah permulaan pengambilan makanan selepas 'berpuasa' waktu tidur, jadi sekiranya anda bangun lewat, jangan tunggu untuk hidangan makanan selepasnya. Makan dulu sesuatu.

    "Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan," katanya. - Bernama

    Kepentingan Penjagaan Kolon dan Usus

    Usus / Kolon, memainkan peranan yang penting untuk menyingkirkan bahan buangan metabolik dan bahan sampingan bertoksik yang memudaratkan daripada badan. Kebanyakan masalah kesihatan termasuk kemerosotan tahap tenaga bermula daripada usus. Diet yang berlemak tinggi dengan kandungan serat yang rendah mengganggu pergerakan usus yang perlu untuk menyingkirkan bahan buangan.
    Seterusnya ini menyebabkan bahan buangan dan toksin yang mereput melekat pada dinding usus dan kolon

    Lama-kelamaan, mendapan ini akan menjadi keras dan terterap pada dinding usus, bagaikan plak pada gigi. Ini akan menghalang proses penyingkiran bahan buangan dengan sempurna dan menjejaskan kecekapan penyerapan nutrien. Akibatnya, badan kita akan kekurangan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan optima.

    Di samping itu, bahan buangan yang telah mengalami proses penapaian dan pereputan juga menyediakan suatu kawasan pembiakan yang sesuai untuk bakteria mudarat dan parasit. Mikrob mudarat ini akan menghasilkan toksin yang kemudiannya diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah. Akhirnya, toksin tersebut akan meresap ke dalam tisu-tisu badan, seterusnya membebankan sistem badan, melemahkan sistem ketahanan badan dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

    Bahan buangan bertoksik yang terlampau banyak dalam sistem peredaran darah akan mengurangkan kecekapan proses pengoksidaan dalam tisu badan dan menyebabkan masalah keletihan yang lazim dialami oleh ramai orang. Kajian juga telah membuktikan bahawa barah colorekta (kolon dan rektum) berkait rapat dengan kolon bertoksik yang disebabkan oleh penyingkiran bahan buangan yang tidak sempurna atau masalah sembelit yang berlarutan.

    Tabiat pembuangan air besar yang kerap dan sempurna merupakan langkah utama dalam pengekalan keremajaan (awet muda), tahap tenaga yang tinggi dan kesihatan optima. la juga memainkan peranan penting dalam menentukan berat badan yang optimum serta kulit yang cerah dan berseri.

    Senarai berikut dapat membantu kita untuk memastikan sama ada kolon
    kita menghadapi sebarang masalah:


    • Sering mengalami sembelit dan cirit-birit
    • Kerap sakit kepala
    • Lemah daya tumpuan dan ingatan
    • Mudah meradang
    • Tidur kurang nyenyak
    • Masalah kulit seperti ruam, ekzema dan jerawat
    • Muka pucat dan tidak bermaya
    • Sengal-sengal otot
    • Sakit sendi
    • Sering diserang penyakit dan jangkitan
    • Tahap tenaga rendah dan kurang cergas
    • Alahan dan tidak toleran kepada sesetengah jenis makanan
    • Sering mengidam
    • Senggugut
    • Badan dan nafas berbau
    • Masalah penghadaman - ketidakhadaman, gas berlebihan
    • Kekembungan dan kesenakan
    • Buasir
    • Masalah urat timbul atau bengkak


    Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa ketidakcekapan penyingkiran bahan buangan daripada badan menyebabkan penapaian dan pereputan bahan buangan dalam usus besar. la sering dikaitkan dengan masalah kesihatan yang boleh meragut nyawa seseorang secara perlahan-lahan! Bahan buangan bertoksik yang dibiarkan terkumpul di dalam usus boleh menyebabkan keuzuran dan penyakit.

    Definasi Metabolisme dan 10 tips mudah untuk meningkatkan metabolisme

    Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

    Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,
    Mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
    Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba
    menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
    Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

    10 Tip Cepatkan metabolisme Badan



    • Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

    • Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

    • Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

    • Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

    • Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

    • Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

    • Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

    • C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

    • Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

    • Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

    Sunday 26 January 2014

    Apakah Ekstrak Biji Kopi Hijau?

     Ekstrak biji kopi hijau adalah sebatian semula jadi yang diekstrak daripada biji kopi segar yang mentah dan belum dipanggang. Biji Kopi Hijau merupakan sumber asid klorogenik yang sangat mujarab, yang merupakan bahan yang boleh menghasilkan pengurangan berat badan. Di dalam badan, asid klorogenik mengurangkan jumlah glukos dalam darah, dan ini memaksa badan anda menyerang dan mencairkan sel lemak bagi mendapatkan tenaga dan mengurangkan jumlah glukos yang diserap daripada sumber makanan.

    Baru-baru ini, kopi hijau semakin mendapat perhatian sebagai makanan tambahan bagi mengurangkan berat badan secara semula jadi hasil daripada penampilan beberapa doktor di kaca televisyen. Meskipun pada awalnya difikirkan bahawa kafeina merupakan bahan yang menjana tenaga dan membakar lemak dalam kopi hijau, namun penyelidikan baharu menunjukkan bahawa asid klorogeniklah bahan utama dalam kopi hijau dan yang menjadi bahan penting dalam rumusan Mavellous™ Xlite.

    Asid klorogenik merupakan sebatian yang hebat yang didapati dalam biji kopi yang belum dipanggang atau "hijau", yang sebahagian besarnya termusnah dalam proses pemanggangan. Asid klorogenik di dalam kopi hijau dan Mavellous™ Xlite  membantu anda mengurangkan berat badan dan meningkatkan kesihatan anda dalam beberapa cara.

    Pertama, berdasarkan penyelidikan yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, asid klorogenik daripada kopi hijau mengurangkan penyerapan gula daripada usus. Ia juga turut terbukti membantu menahan sejenis enzim dalam hati yang merembeskan gula ke dalam aliran darah. Kedua-dua kesan ini membantu mengekalkan paras gula yang sihat supaya anda boleh mengawal selera makan anda dan menahan keinginan untuk makan berlebihan secara semula jadi.

    Asid klorogenik telah menunjukkan keupayaan untuk menambah kadar pembakaran lemak metabolik dengan memaksa badan menggunakan lemak yang sudah tersimpan bertahun-tahun sebagai tenaga, dan kajian makmal telah menunjukkan pengurangan saiz sel lemak sewaktu pengambilan asid Klorogenik.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Support Us

    Support Us
    Mavellous Xlite