Monday, 3 February 2014

Khasiat Wheatgrass

Khasiat Wheatgrass



wheatgrass
Terma wheatgrass digunakan untuk menerangkan tanaman Agropyon muda genus rumput daripada keluarga Poaceae. Tanaman ini berkait rapat dengan gandum tetapi kelihatan seperti rumput biasa pada peringkat awalnya. Tanaman dari jenis ini adalah tumbuhan semula jadi di Asia dan Eropah. Tidak hairanlah ada yang mengelarnya sebagai rumput gandum.

Wheatgrass mudah untuk ditanam. Malah ada yang menanamnya di dalam pasu atau bekas khas di rumah. Wheatgrass perlu mendapat cahaya matahari dan kerap disiram air. Rumput ini boleh tuai setelah ia mencapai ketinggian 8 inci.

Wheatgrass lebih dikenali dengan khasiat kesihatannya, dan selalunya ia dihancurkan untuk dijadikan jus untuk diminum. Jika anda tidak ada masa untuk membuatnya sendiri, anda boleh mendapatkan jus wheatgrass yang dijual di kedai menjual minuman jus dan makanan kesihatan. Walaupun begitu, jus yang dihasilkan daripada wheatgrass bukanlah bukanlah penyembuh ajaib. Ia hanyalah makanan tambahan yang mampu memberi kebaikan kepada pengambilnya.

Jus wheatgrass mengandungi lebih daripada 100 jenis elemen berbeza tetapi dikategorikan makanan yang lengkap. Kira-kira 15 paun wheatgrass hampir sama dengan protein dan nilai zat keseluruhan yang terdapat dalam 350 paun sayuran biasa. Kandungan utama wheatgrass adalah klorofil iaitu sebanyak 70 peratus.

Klorofil boleh didefinasikan sebagai tenaga solar pekat. Daun tumbuhan menukar tenaga cahaya kepada tenaga yang disimpan dalam serat tumbuhan. Kombinasi unik nilai zat, kimia dan tenaga dalam wheatgrass mampu memenuhi kekurangan zat seseorang. Selain daripada itu, jus wheatgrass dikatakan mampu membantu membuang toksin yang tersimpan dalam tubuh. Sejumlah selenium pekat yang terdapat dalam wheatgrass juga disebut amat baik untuk membantu membersihkan toksin logam berat seperti plumbum, merkuri, cadmium dan arsenic.

Pembuang toksin

Disebabkan jus wheatgrass adalah makanan berzat padat, maka anda tidak perlu minum dengan banyak. Anda boleh meminum kira-kira 30 mililiter (ml) jus setiap hari terutamanya sewaktu perut anda kosong. Jus ini kemudiannya akan secara perlahan-lahan bertukar menjadi lebih berair.

Namun begitu anda perlu mengambil jus wheatgrass dengan sejumlah air yang sama kerana jika mengambil jusnya sahaja ia boleh member tekanan kepada buah pinggang. Selepas itu tunggu lebih kurang 30 minit sebelum mengambil makanan atau meminum sebarang cecair.

Khasiat wheatgrass memang banyak. Ia dipercayai sebagai agen penentang kanser. Malah ramai yang mempercayai khasiat wheatgrass terhadap kanser dan pengambilannya mampu membantu rawatan malah pencegah kanser.
wheatgrass

Pelumba basikal terkenal Lance Amstrong dikatakan amat mempercayai khasiat wheatgrass dan mengambilnya untuk tujuan kesihatan. Lihatlah bagaimana kecergasannya berlumba walaupun dia sebenarnya bekas pesakit kanser.
Khasiat lain wheatgrass adalah ia amat efektif dalam merangsang system imun tubuh untuk menentang dan sembuh daripada penyakit dan masalah kesihatan. Wheatgrass adalah sumber terbaik beta karotena, mengandungi sejumlah besar vitamin B, C, E, H, K.

Ia juga mengandungi kira-kira 90 mineral yang berbeza dan 19 asid amino. Wheatgrass juga mengandungi beberapa enzim aktif yang memainkan peranan utama dalam memecahkan lemak, mengambil fungsi biologi dan membantu dalam pengurangan berat badan. Daripada 90 mineral ini, kebanyakannya adalah beralkali dan ini termasuklah kalsium, magnesium, kalium, sodium dan besi.

Walaupun khasiat wheatgrass tidak dapat diragui, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat pengamal perubatan agar anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan di kemudian hari kelak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support Us

Support Us
Mavellous Xlite